Selamat Datang ke Persatuan Endometriosis Malaysia

Pengarang: aeiou

Leila: Perjalanan hidup saya

Saya mendapat haid pada usia 12 tahun dan saya tidak pernah mempunyai sengugut luar biasa sehinggalah saya berusia 25 tahun. Ketika itu saya seorang wanita yang bekerjaya dan masih bujang. Saya mendapati perubahan level senggugut saya yang sangat ketara daripada 0 kepada kesakitan yang tidak boleh terungkap dengan kata-kata!

Setiap bulan pasti akan mengambil cuti sakit kerana saya tidak boleh bergerak mahupun berdiri dengan tegak langsung. Doktor hanya memberi pill tahan sakit yang selalunya tidak berkesan langsung serta hanya berkata senggugut ini normal dan selalunya akan hilang selepas berkahwin!

Hasil carian Google brdasarkan simptom-simptom yang saya hadapi, ketika itu saya percaya saya mungkin menghidapi Endometriosis atau Irritable Bowel Syndrome (IBS). Saya berasa takut kerana saya tidak tahu tentang penyakit-penyakit ini dan saya juga takut hendak ke Pakar Puan kerana saya masih belum berkahwin. Bimbang dan juga malu hendak mendapat nasihat pakar, saya bertahan sendirian selama 2 tahun lebih. Setelah berkahwin, saya berjumpa Pakar Puan dan mendapati saya mempunyai bilateral cyst yang besar dan perlu melakukan pembedahan secepat mungkin.

Akhirnya pada 2008 saya dibedah buat pertama kali untuk membuang Bilateral Endometrioma Cyst dan bermulalah perjuangan sebagai pengidap Endometriosis Tahap 4. Alhamdulilah saya dikurniakan zuriat pertama pada 2010 tetapi sayangnya itu bukan menandakan Endometriosis saya hilang. Pada 2012 saya menjalani pembedahan kali ke 2 dan penyakit saya melarat kepada Adenomyosis pula.

Sekarang, saya juga mengidap penyakit Hydronephrosis dan sudah menjalani total 3 pembedahan untuk Endometriosis dan Adenomyosis.

Leila Aizura Mohd Daniel

ENDOwarriors

Maklumat Tentang Endometriosis

Apa itu Endometriosis?

Endometriosis dialami apabila tisu yang biasanya melapisi bahagian dalam uterus (rahim) atau dikenali sebagai endometrium tumbuh di luar uterus terutamanya di sekitar ruang pelvis, usus dan dalam keadaan jarang berlaku, di dalam perut dan paru-paru.

Endometriosis hakikatnya merupakan sejenis gangguan bergantung kepada estrogen yang boleh menimbulkan keadaan penyakit yang teruk, termasuk sakit pelvis, pembedahan berulang kali dan ketidaksuburan (sumber: The Lancet).

Impact of Endometriosis – A lifelong Journey

Endometriosis ialah penyakit yang kadangkala menyebabkan gejala sebelum dan selepas tahun-tahun reproduktif; lazimnya menjejaskan kesejahteraan fizikal, sosial dan mental umum wanita di kemuncak kehidupan dan dalam tempoh paling produktif mereka.

Wanita yang menghidap Endometriosis mengalami kehilangan produktiviti kerja lebih tinggi. Aktiviti tidak berkaitan kerjaya seperti kerja rumah, senaman, belajar, menjaga anak juga amat terjejas oleh gejala penyakit Endometriosis.

Salah satu masalah paling besar Endometriosis ialah kelewatan ketara tempoh antara 7 – 11 tahun sebelum rata-rata wanita yang menghidap penyakit disahkan menerusi diagnosis.

This delay is due partly to a lack of awareness of Endometriosis, social taboos surrounding the disease and the fact that women don’t know what is normal and what isn’t when it comes to menstrual health.

Pengesanan dan pengurusan awal penyakit mungkin boleh meningkatkan kesuburan dalam kalangan sesetengah wanita ini. Diagnosis dan rawatan yang lewat menimbulkan risiko kemaraan penyakit dan juga peningkatan risiko ketidaksuburan, yang mungkin meningkatkan kos jangka panjang rawatan.

  • 1
  • 2
© 2020 Persatuan Endometriosis Malaysia (MyEndosis) (PPM-018-10-26082014). Hakcipta Terpelihara. || Reka Bentuk Web CMS oleh AEIOU STUDIO
disokong oleh