Selamat Datang ke Persatuan Endometriosis Malaysia
Permulaan Perjalanan Kami
Mengenai MyEndosis

Endometriosis
Association of Malaysia

Persatuan Endometriosis Malaysia (MyEndosis)

MyEndosis ditubuhkan pada 2013 oleh pengasasnya Surita Mogan dan merupakan ahli gabungan Worldwide Endomarch di Amerika, sebuah gerakan global yang merintis jalan dan memperjuangkan usaha mencetus perubahan yang amat diperlukan oleh pesakit Endometriosis. Penyakit ini merupakan salah satu masalah kesihatan awam yang paling kurang mendapat perhatian pada masa kini. MyEndosis juga dikenali sebagai Endomarch Malaysia di peringkat global.

Dua isu penting yang disokong/ditangani oleh MyEndosis ialah:

  • Sokongan Rakan Seperjuangan
  • Kesedaran Umum

“Tindakan paling bermakna yang boleh diambil oleh seseorang wanita ialah menyayangi diri sendiri, menyerlahkan keperibadian dan membuktikan keupayaan kepada mereka yang tidak pernah mempercayai kebolehannya.”

Pasukan Kami

Mengenai Insan di sebalik MyEndosis

Diterajui oleh segelintir aktivis yang Berani, Bersungguh-sungguh dan Berdedikasi menyahut cabaran menerajui perjuangan menuntut kesaksamaan untuk wanita yang menghidap Endometriosis.
Misi & Visi Kami

Peranan MyEndosis

Berpandukan empat nilai teras berikut. Nilai-nilai ini menjadi ‘tunggak’ yang membentuk organisasi kami, mencerminkan keutamaan teras kami dan juga sikap dan perspektif kami.
  • Mewujudkan kesedaran tentang Endometriosis dalam kalangan pesakit dan orang ramai.
  • Untuk menjalin hubungan erat dalam kalangan penghidap Endometriosis dan penyedia penjagaan kesihatan.
  • Mencetus tindak balas positif terhadap rawatan penjagaan kesihatan Endometriosis.
  • Untuk melenyapkan rasa malu apabila berbincang tentang penyakit reproduktif wanita.

Sertai Kami

Sertai kami untuk berinteraksi dengan insan lain yang sedia untuk memberikan sokongan, bantuan,
maklumat dan nasihat kepada wanita yang menghidap Endometriosis serta keluarga mereka.

© 2024 Endometriosis Association of Malaysia (MyEndosis) (PPM-018-10-26082014). All Rights Reserved. || Reka Bentuk Web CMS oleh AEIOU STUDIO