MyEndosis bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, agensi-agensi kerajaan, hospital, persatuan dan NGO lain.
Pembiayaan / Derma
Pengurusan dan aktiviti dibiayai menerusi yuran keahlian nominal, derma daripada orang ramai dan sumbangan korporat.
Kami mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk tunai yang boleh dibuat dengan cek kepada Persatuan Endometriosis Malaysia atau dimasukkan ke dalam Maybank Cawangan S.E.A Park(Nombor Akaun : 564173-506-311)
Sertai Kami
Sertai kami untuk berinteraksi dengan insan lain yang sedia untuk memberikan sokongan, bantuan, maklumat dan nasihat kepada wanita yang menghidap Endometriosis serta keluarga mereka.