Selamat Datang ke Persatuan Endometriosis Malaysia

Nadya: Kamu Di Uji Kerana Kamu Istimewa

Saya Nadia, umur sekarang dah masuk 33 tahun. Hidup bersama sama dengan Endometriosis sejak berumur 15tahun lagi. Period normal ketika mula mula datang haid sehingga lah umur 15 tahun, dah ada senggugut, tapi masih mild. Mencecah umur 17 tahun, senggugut semakin teruk, tp saya kerap berjumpe doktor utk chek masalah yg saya hadapi, tp doktor hanya diagnos senggugut sahaja, dan dibekalkan pain killer.

Setiap bulan, 3@4 hari mesti cuti sekolah, sebab kesakitan ketika period tu memang sengsara, rawatan alternatif (islam & cara kampung) saya ade cuba utk kurangkan kesakitan, tp semuanya tak berkesan.

21 tahun ketika itu (2009), saya di Pulau Pinang sambung belajar di Usm. Sakit dah x boleh ditahan lagi, saya minta rakan utk hubungi ambulance dan terus dikejarkan ke hospital besar. Dipendekkan cerita, dengan sebatang kara disana (tanpa keluarga, sebab mereka jauh di Johor, kakak saya dalam perjalanan ke Penang), saya sign sendiri semua borang dan terus masuk ke dewan bedah..masuk jam 9 malam, keluar jam 6 pagi. Semuanya saya harungi sendiri. Doktor sahkan saya menghidap endometriosis stage 4. Itu laparoscopy pertama saya.

Saya terima dengan hati terbuka,sebab saya memang dah tahu saya ada endometriosis (melalui pembacaan sendiri di internet). Malah, doktor juga memberitahu bahawa saya akan susah utk mendapatkan anak, tp hati saya tenang, sebab saya memang dah terima semuanya dengan hati yg redha.

2014 saya berkahwin, dari tahun 2009 sehingga 2014, saya x pernah gagal utk datang temujanji di hospital. Bermacam jenis ubat saya dah telan..dugaan kan..saya ulang alik dari Seremban ke Penang hanya utk temujanji.. 2017 temujanji dipindahkan ke hospital Seremban. Mase tu saya dah disahkan PCOS pula 🤭

IUI pertama gagal..seterusnya saya stop temujanji. 2018 kesakitan waktu period semakin menjadi jadi, saya jadi pengunjung setia bahagian kecemasan di HTJ Seremban..doktor sahkan endometriosis saya 3.5cm dibahagian ovari kanan..

Dah xde rase sedih, x lalu nak menangis, saya kene kuat utk hadapi semua ni kembali.

Hidup dengan endometriosis sangat sangat mencabar, hormon tunggang langgang, lebih2 lagi dengan Ubat Visanne..itu paling mencabar, sebab kene tahan emosi dan memang ade gangguan emosi..hampir setahu lebih dengan visanne, akhirnya doktor stopkan dan beri oralcon.

Hujng tahun 2019 sehingga kini 2020 saya masih dengan Oralcon, dengan pelbagai jenis ubatan lain.

Kawan kawan yang mengharungi kehidupan sama dengan saya, kite perlu kuat, perlu usaha utk mengatasi masalah ni, perlu ade orang yg sangat2 memahami kita (x semua org boleh paham)..kite kene kuat! Saya pernah bekerja sebagai seorang pensyarah, tp malangnya saya kerap cuti sakit sebab senggugut ni lah, jadi majikan pernah menghantar email dan memaklumkan bahawa mereka tidak memerlukan pekerja yang sakit utk berkhidmat..sedih kan?? Tp xmengapa lah, sebab kesakitan yg saya hadapi ni memang sedikit sebanyak menyusahkan orang lain yg sama sama bekerja..saya x pikir panjang tentang masalah kerja ni, sebab saya usaha sendiri utk majukan diri, banyak cara lain kan?

Allah uji sebab dia tahu kite kuat! Kite istimewa utk hadapi penyakit ini.. sabar, berdoa banyak2!

© 2024 Endometriosis Association of Malaysia (MyEndosis) (PPM-018-10-26082014). All Rights Reserved. || Reka Bentuk Web CMS oleh AEIOU STUDIO