Terdapat kelewatan diagnosis yang ketara bagi Endometriosis kerana gejala penyakit tidak mudah dikenal pasti oleh penyedia penjagaan kesihatan atau oleh wanita itu sendiri.
Buat masa ini, satu-satunya cara boleh dipercayai untuk mengenal pasti Endometriosis dengan muktamad ialah dengan melakukan laparoskopi dan melakukan biopsi tisu. Bagaimanapun, ini merupakan prosedur yang mahal dan bukan semua orang selesa melakukan pembedahan. Namun pakar ginekologi berpengalaman seharusnya boleh menentukannya daripada sejarah gejala pesakit.
Terdapat ujian, yang mungkin dilakukan oleh pakar ginekologi, untuk melakukan diagnosis klinikal Endometriosis.
Ini termasuk:
Pemeriksaan ginekologi
Ultrasound
Imbasan MRI
Mengapa Saya?
Punca Endometriosis masih tidak diketahui. Bagaimanapun, sebahagian besar daripada kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa Endometriosis menjadi lebih teruk disebabkan oleh estrogen. Buat masa ini, tiada rawatan yang boleh menyembuhkan endometriosis sepenuhnya.
Beberapa teori kini semakin diterima, dan hakitkatnya Endometriosis dalam sesetengah wanita mungkin disebabkan oleh kombinasi faktor.
Beberapa teori yang mungkin wujud diketengahkan dalam beberapa kajian, antaranya termasuk metaplasia, haid berbalik, keadaan genetik, disfungsi sistem imun dan pengaruh alam sekitar seperti toksin dalam persekitaran. Ini akan mempengaruhi hormon reproduktif dan tindak balas sistem imun, walaupun teori ini belum terbukti dan masih mengundang kontroversi.
Adakah anda telah disahkan menghidap Endometriosis atau anda ingin tahu sama ada menghidapnya?
Baca selanjutnya di bawah untuk mendapat jawapan bagi beberapa soalan umum tentang Endometriosis.