Selamat Datang ke Persatuan Endometriosis Malaysia
Maklumat Tentang Endometriosis

Apa itu Endometriosis?

Endometriosis dialami apabila tisu yang biasanya melapisi bahagian dalam uterus (rahim) atau dikenali sebagai endometrium tumbuh di luar uterus terutamanya di sekitar ruang pelvis, usus dan dalam keadaan jarang berlaku, di dalam perut dan paru-paru.

Endometriosis hakikatnya merupakan sejenis gangguan bergantung kepada estrogen yang boleh menimbulkan keadaan penyakit yang teruk, termasuk sakit pelvis, pembedahan berulang kali dan ketidaksuburan (sumber: The Lancet).

Perkara Yang Harus Diketahui oleh Wanita

Empat Peringkat Endometriosis

Kesan Endometriosis
– pengalaman sepanjang hayat

Endometriosis ialah penyakit yang kadangkala menyebabkan gejala sebelum dan selepas tahun-tahun reproduktif; lazimnya menjejaskan kesejahteraan fizikal, sosial dan mental umum wanita di kemuncak kehidupan dan dalam tempoh paling produktif mereka.

Wanita yang menghidap Endometriosis mengalami kehilangan produktiviti kerja lebih tinggi. Aktiviti tidak berkaitan kerjaya seperti kerja rumah, senaman, belajar, menjaga anak juga amat terjejas oleh gejala penyakit Endometriosis.

Salah satu masalah paling besar Endometriosis ialah kelewatan ketara tempoh antara 7 – 11 tahun sebelum rata-rata wanita yang menghidap penyakit disahkan menerusi diagnosis.

Kelewatan ini sebahagiannya disebabkan kurang kesedaran tentang Endometriosis, pantang larang sosial berkenaan penyakit dan hakikat bahawa wanita tidak tahu apakah keadaan yang biasa dan luar biasa apabila membicarakan tentang kesihatan haid.

Pengesanan dan pengurusan awal penyakit mungkin boleh meningkatkan kesuburan dalam kalangan sesetengah wanita ini. Diagnosis dan rawatan yang lewat menimbulkan risiko kemaraan penyakit dan juga peningkatan risiko ketidaksuburan, yang mungkin meningkatkan kos jangka panjang rawatan.

Adakah anda telah disahkan menghidap Endometriosis atau anda ingin tahu sama ada menghidapnya?

Baca selanjutnya di bawah untuk mendapat jawapan bagi beberapa soalan umum tentang Endometriosis.

Soalan Lanjut Tentang Endometriosis?

© 2024 Endometriosis Association of Malaysia (MyEndosis) (PPM-018-10-26082014). All Rights Reserved. || Reka Bentuk Web CMS oleh AEIOU STUDIO