Selamat Datang ke Persatuan Endometriosis Malaysia
Pilihan Rawatan

Bagaimana endometriosis boleh dirawat?

Buat masa ini, tiada penawar yang diketahui bagi Endometriosis. Tetapi terdapat rawatan yang boleh membantu melegakan gejala dan meningkatkan kualiti hidup anda.

Penasihat Perubatan: Dr Patricia Lim Su-Lyn

  • (A) Ubat Pelega Kesakitan
    Ubat Pelega Kesakitan semata-mata membantu mengawal sakit dan ada yang mengurangkan aliran haid. Boleh didapati dalam bentuk pil oral atau suntikan bulanan. Penghidap Endometriosis kadangkala diberi preksripsi ubat antiradang bukan steroid (NSAID) untuk menangani kesakitan. Ubat-ubat ini mungkin berkesan untuk mengurangkan sakit dan radang dan mesti digunakan dengan betul.

    (B) Rawatan hormon

    Terdapat juga pil cegah hamil (iaitu kombinasi hormon estrogen dan progestin) yang membantu mengurangkan sakit semasa haid dan mengawal aliran.

    Progestin mengurangkan haid bulanan dan tidak membenarkan lapisan endometrium menebal untuk menyebabkan haid dan dengan itu mengurangkan kesakitan. Progestin boleh diberikan secara oral, menerusi implan, suntikan atau menerusi sistem intrauterin (alat yang dimasukkan ke dalam uterus). Selain itu, terdapat juga suntikan GnRh yang menghentikan haid untuk tempoh masa tertentu.

    Terapi hormon mempunyai kesan sampingan berbeza-beza. Kelegaan sakit lazimnya diperolehi apabila kekal menggunakan rawatan.

  • Pembedahan
    Pembedahan mungkin disyorkan bagi mereka yang menderita Endometriosis teruk dengan matlamat membuang seberapa banyak tisu Endometriosis nyata yang semakin besar di sekeliling ovari atau di sekeliling rongga uterin. Jika kesuburan anda terjejas akibat keadaan yang anda alami, pembedahan boleh membuang tisu-tisu yang terbabit dan juga memulihkan tiub Fallopio yang tersekat.

    Bagaimanapun, pembedahan berulang boleh menjejaskan kesuburan atau mengurangkan bekalan telur yang menyukarkan lagi anda untuk mengandungkan zuriat.

    Kejayaan pembedahan bergantung kepada pakar bedah, jadi anda disyorkan mencari pakar yang berpengalaman dalam pembedahan pembuangan Endometriosis.

    https://www.hus.fi/en/medical-care/medical-services/Gynecology/Endometriosis/Pages/default.aspx

Merawat Endometriosis

  • Perlu disesuaikan mengikut individu
  • Amat bergantung kepada kehendak pesakit – melegakan sakit atau kesuburan

  • Gejala berkaitan dan keterukan penyakit

  • Lokasi penyakit

Menguruskan Endometriosis secara menyeluruh

Sesetengah wanita yang menghidap endometriosis mendapati terapi alternatif membantu mereka menangani gejala penyakit seperti terapi fizikal, pemakanan/diet, akupunktur, homeopati, dan cara lain untuk mengurangkan gejala Endometriosis. Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa hakikatnya terdapat kekurangan bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong terapi sedemikian.

Rujukan

  1. Nonsteroidal anti-inflammatory drugs for heavy menstrual bleeding. Cochrane Database Syst Rev 2000;(2):CD000400, ISSN: 1469-493X, Lethaby A; Augood C; Duckitt K; Department of Obstetrics and Gynaecology, University of Auckland, Auckland, New Zealand

  2. Medical management of dysfunctional uterine bleeding, Baillieres Best Pract Res Clin Obstet Gynaecol 1999 Jun;13(2):189-202, ISSN: 1521-6934, Irvine GA; Cameron IT Ayshire Central Hospital, Irvine, UK

Adakah anda telah disahkan menghidap Endometriosis atau anda ingin tahu sama ada menghidapnya?

Baca selanjutnya di bawah untuk mendapat jawapan bagi beberapa soalan umum tentang Endometriosis.

Soalan Lanjut Tentang Endometriosis?

© 2020 Persatuan Endometriosis Malaysia (MyEndosis) (PPM-018-10-26082014). Hakcipta Terpelihara. || Reka Bentuk Web CMS oleh AEIOU STUDIO
disokong oleh