Selamat Datang ke Persatuan Endometriosis Malaysia
Gejala & Fakta

Aduh! Sakit yang dialami setiap bulan!

Sebahagian besar wanita atau gadis yang menghidap Endometriosis mengalami haid yang amat menyakitkan. Gejala/perkara lain yang dihadapi termasuk:

  • Sakit haid & pelvis yang perit
  • Sukar mengandung
  • Sakit apabila membuang air kecil atau air besar
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Sakit sebelum haid, dan kadangkala selepas haid
  • Pendarahan atau tompokan darah antara haid
  • Tidak rasa lega walaupun selepas makan ubat penahan sakit.
  • Lain-lain – amat letih, cirit-birit, sembelit, kembung dan loya

Mitos:

Endometriosis hanya dialami oleh wanita dewasa.
 

Fakta:

Endometriosis boleh dialami apabila seorang gadis mengalami haid pertamanya. Berbincang dengan doktor anda jika kesakitan mengganggu rutin harian anda. Kesakitan merupakan tanda umum Endometriosis dan masalah lain.

Mitos:

Kehamilan boleh menyembuhkan Endometriosis.
 

Fakta:

Tiada penawar bagi Endometriosis. Wanita biasanya mengalami kurang gejala semasa hamil kerana tahap progesteron lebih tinggi dalam badan.

Mitos:

Histerektomi boleh menyembuhkan Endometriosis.
 

Fakta:

Sesetengah wanita akan masih mengalami kesakitan selepas menjalani histerektomi.

Mitos:

Endometriosis boleh berlaku ketika seorang gadis pertama kali mendapat haid.
 

Fakta:

Berbincang dengan doktor anda sekiranya kesakitan mengganggu rutin harian anda. Ini adalah tanda endometriosis dan masalah lain.

Mitos:

Segalanya dalam minda anda sahaja.
 

Fakta:

Endometriosis ialah masalah sebenar yang boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental anda. Tempoh bertahun-tahun menderita haid menyakitkan dan seks kurang selesa mungkin menjejaskan kesihatan mental anda, lebih-lebih lagi jika anda tidak tahu apa puncanya. Perkara paling penting ialah mencari doktor, lazimnya pakar ginekologi atau doktor pakar sakit puan untuk mengesahkan penyakit anda menerusi diagnosis.

Mitos:

Pembedahan boleh menyembuhkan Endometriosis.
 

Fakta:

Endometriosis ialah penyakit progresif kronik. Ia boleh berulang jika pembedahan tidak dilakukan dengan betul. Rawatan hormon boleh membantu mengawal Endometriosis dengan mengekang kemaraan penyakit.

Adakah anda telah disahkan menghidap Endometriosis atau anda ingin tahu sama ada menghidapnya?

Baca selanjutnya di bawah untuk mendapat jawapan bagi beberapa soalan umum tentang Endometriosis.

Soalan Lanjut Tentang Endometriosis?

© 2020 Persatuan Endometriosis Malaysia (MyEndosis) (PPM-018-10-26082014). Hakcipta Terpelihara. || Reka Bentuk Web CMS oleh AEIOU STUDIO
disokong oleh